Terdapat rakyat Malaysia bekerja secara haram di Korea Selatan, dikatakan meraih RM2,000/Minggu

Sharing is caring!

 

 

Terdapat rakyat Malaysia bekerja secara haram di Korea Selatan, dikatakan meraih RM2,000/Minggu

Dahulu, terdapat beberapa rakyat Malaysia telah bekerja secara haram di beberapa ladang buah-buahan Australia

Pendedahan ini telah mengejutkan negara, bahkan membawa kepada pihak berkuasa Australia menyelidik kes itu. Kini, ia kelihatan seperti berlaku di negara lain – Korea Selatan.

Baru-baru ini didedahkan dalam satu laporan oleh Utusan Malaysia bahawa terdapat peningkatan jumlah rakyat Malaysia, sebahagian daripada mereka baru berusia 16 tahun, yang direkrut melalui Facebook untuk bekerja secara haram di Korea Selatan.

 

Dilaporkan bahawa ejen telah merekrut rakyat Malaysia di media sosial dan telah menyasarkan pelbagai orang di antara usia 16 dan 50 tahun, menjanjikan gaji mingguan mereka sehingga RM2,000.

“Kumpulan kedua adalah rakyat Malaysia yang bekerja secara haram di ladang buah atau sayur Australia sehingga mereka disenaraihitamkan oleh imigresen negara itu,” kata sumber yang tidak disebutkan namanya.

Mereka dilaporkan perlu membayar RM3,000 kepada RM4,000 bagi setiap orang untuk dibawa ke Korea Selatan. Apabila tiba, mereka akan dibawa ke ladang terpencil di luar Seoul, jauh daripada pihak berkuasa tempatan. Kebanyakan rakyat Malaysia ini tidak pernah mempunyai pengalaman melancong ke luar negara dan tidak mengambil berat tentang peraturan visa.

 

Sumber juga menyatakan bahawa terdapat beberapa prosedur operasi standard (SOP) oleh ejen itu adalah dengan menahan sebahagian gaji pertama pekerja sekitar RM2,000 sebagai deposit untuk memastikan mereka tidak akan melarikan diri. Pekerja-pekerja ini hanya akan menerima gaji pertama mereka setelah mereka bekerja untuk tempoh masa yang ditetapkan.

“Terdapat juga kes-kes majikan sendiri yang melaporkan pekerja haram ini kepada pihak berkuasa hanya untuk mengelak daripada membayar gaji mereka,” kata sumber itu.

Ejen-ejen ini telah secara terbuka mengiklankan pekerjaan ini di media sosial, bahkan menggunakan video untuk menarik rakyat Malaysia dengan prospek gaji yang tinggi. Apa yang paling membimbangkan adalah mengapa sehingga hari ini mereka tidak di ambil tindakan oleh pihak berkuasa. Berapa lamakah perkara ini sudah berlaku?!

 

Terdapat dua ejen utama di negara ini yang dikenal pasti aktif ‘menyeludup’ buruh ha­ram, satu daripadanya dikendalikan oleh dua beradik manakala satu lagi diuruskan oleh dua beranak.

Kebanjiran buruh haram secara mendadak itu kini sudah berada dalam perhatian pihak berkuasa Korea Selatan yang mula mengetatkan penguatkuasaan mereka termasuk di lapangan terbang yang menjadi pintu masuk.

Pihak berkuasa Malaysia perlu mengambil tindakan sebelum lebih ramai rakyat Malaysia menjadi mangsa!

Sumber: Utusan Malaysia

 

Sharing is caring!