Gadis dipukau warga asing yang berjaya melarikan RM1,400 tanpa disedari oleh sesiapa pun

Sharing is caring!

Gadis dipukau warga asing yang berjaya melarikan RM1,400 tanpa disedari oleh sesiapa pun

Beberapa hari yang lalu tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan kejadian pukau oleh dua orang warga asing terhadap seorang wanita yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya.
Gadis dipukau warga asing yang berjaya melarikan RM1,400 tanpa disedari oleh sesiapa pun

Kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu telah dikongsikan oleh bapa mangsa yang memuatnaik rakaman video berkenaan menerusi akaun Facebook.

Menurut bapa mangsa yang dikenali sebagai Zack, anak gadisnya telah dipukau oleh dua lelaki terbabit dipercayai warga asing dan kejadian ini tidak disedari oleh sesiapa.

Facebook/YB Zack

Dalam perkongsian tersebut, Zack mendakwa bahawa anaknya telah diminta untuk membayar ganti rugi sebanyak RM1,400 kepada majikannya. Oleh itu, dia telah mengambil keputusan untuk menyebarkan video berkenaan sebagai peringatan supaya orang ramai lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan situasi seperti ini.

dian pukau tersebut telah membuatkan anaknya nekad untuk berhenti kerja memandangkan majikannya turut menuduh anaknya yang dikenali sebagai Siti sebagai cuai. Malah, majikan tersebut turut memberikan dua pilihan kepada Siti sama ada untuk membayar ganti rugi atau berhenti bekerja.

Facebook/YB Zack

Insiden ini membuatkan Siti mahu berhenti bekerja di pasar raya terbabit lalu segera membuat laporan polis dan aduan kepada pejabat buruh tentang kejadian tersebut.

Tonton video di bawah dan ingat, awasi orang di sekeliling anda terutamanya bagi mereka yang berkhidmat dalam bidang seperti ini. Admin juga pernah berhadapan dengan situasi yang sama melibatkan warga asing, namun nasib baik menyebelahi admin kerana mereka tidak mampu berbuat apa-apa pada waktu kejadian.

Diharap, anda semua akan lebih berhati-hati dan berwaspada.

Sumber: Facebook/YB Zack

Tonton video di bawah:

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Sharing is caring!